Sunday, December 8

intern - Week 1 [2 dec - 8dec]

Isnin: Hari Pertama

pukul 7 pagi aku dah terpacak depan bangunan walaupun kerja mula pukul 8. ah sugar ice honey tea! ini memang akan jadi rutin harian aku memandangkan tempat kerja abah jauh. *menangis* receptionist tu kata pukul 7.30 baru orang atas datang. so I wait. and bila aku datang balik, turns up that pas pelawat boleh dapat hanya selepas 8 pagi. *menangis lagi*

so there I was, dkt tingkat 15. bahagian HR. aku jumpa sorang student ni. dia pun dtg sbb latihan industri jugak. nama dia Afiq. dari politeknik PD. student kesetiausahawanan. wew. rasa nak menangis untuk kesekian kalinya sebab gembira ada jugak kawan! dah bersyukur sangat masa tu.

rupanya....... kami. sampai situ sahaja. dia dapat bahagian Khidmat Pengurusan. floor 3. dan aku, well as I already stated - bahagian perancangan dan penyelidikan dasar. floor 13. dan percayalah, cuma aku sorang je budak latihan industri kat situ. *menangis lagi dan lagi*

hari pertama. no task was given. just chill. oh and buat bio-metrix thumbprint untuk pengesahan kerja nanti. tak pakai punch card dah. huyooo maju. !

- self guidance: basic HTML.

Selasa: Hari Kedua

SAYA CUTI. UNTUNGNYA SAYA HARI KEDUA LATIHAN DAH CUTI! AHAHAHAHA. K. SAYA ADA UJIAN JPJ. DAN SAYA LULUS! YAY!

Rabu: Hari Ketiga

masuk je opis, Puan Marita (beliau la *sekali dengan Puan Sulizah* dengan baik hati luluskan cuti saya hihi) tanya, 'lulus tak?'. aha bahagia betul aku dengar soalan tu. kehkehkeh. baiklah, hari kedua.... still.. takde kerja yang diberi. ada jugak mintak-mintak dekat staff, Kak Ida, untuk apa-apa kerja. *kemain*

text safwang, classmate gua dekat poli. dia pun praktikal dalam putrajaya jugak. mmm.. bangunan.. JPA tak silap? agak jauh dari bangunan aku sebenarnya. tapi kami senasib. masing-masing takde kerja. takde apa. tapi nasib dia lagi kesian la sebab meja pun dapat yang temporary punya. ish ish ish.


this is my cubicel :D

- self guidance: basic HTML, XML, HTML5

Khamis: Hari Empat

ok saya tipu. saya buat kerja ni sebenarnya dari hari pertama.


tampal kesalahan yang ada dalam buku tu. *sengih je mampu*

sejujurnya, aku tak tahu pun sistem thumbprint haritu dah boleh guna pakai dari hari kedua. aku punya ingatkan thumbprint tu kena tunggu kad matrik siap baru la dia berfungsi. dahtu selama ni kira rugi jela datang?! 4 hari tak thumbprint. 4 hari dia kira tak masuk kerja. tolak elaun. *guling-guling*

nasib baik la Kak Ida tolong, Encik Awal pun kata asalkan ada alasan, elaun tu tak usik. kemain la aku reka alasan dekat e-biometrik. hari lapor diri la, sistem belum bermula la. haha! nak mengaku lupa/clueless pasal thumbprint tu segan. huk huk huk.

- self guidance: HTML5

Jumaat: Hari Kelima

jumaat. rehat pukul 12.15 - 2.45. rasanya aku nanti setiap kali jumaat, mesti susah hati. sebab sorang-sorang duduk pejabat. ok, hari-hari pun sorang-sorang jugak. belum boleh masuk lagi dengan staff pejabat. sbb semua pangkat mak, dah ada suami, dah ada isteri. pangkat dokter, YB, proff. kena hormat. tak boleh main aci redah je cakap tahu? hm. dengan perangai aku yang kemain hard-to-approach sbb secara naturalnya dah memang anti-sosial/introvert.........memang...... *disuatu sudut yang sepi*

*ehem* gua dah dapat draft untuk kerja. huehue tapi aku gila blurr! kena buat sistem weh. secara ringkasnya sistem permohonan data. programming circulate dengan database. tapi. *toleh kiri kanan* yang praktikal kat sini cuma.. *toleh kiri kanan lagi* .. aku sorang. Encik, tolong jangan kata saya handle sistem ni sorang-sorang. T.T huwaaaaaaaaaaaa.

- self guidance: HTML5, CSS

Weekend

attending the world's BIGGEST book sale! the Big Bad Wolf. bertempat di MIECC, The Mines, Serdang. will be held from 6dec - 15dec. 24 hours non-stop! that was cool man *o* nak tahu event Big Bad wolf ni apa, sila google sendiri. *gaya pisyek* muahaha. k tak. saya baik. sila klik link kalau nak tahu. kekeke.


Nota:
  • buku jurnal tak tulis satu apa lagi. omai!
  • kad kuning / pink pun tak hantar poli lagi. omai! omai!

0 pau ayam:

Powered by Blogger.