Friday, June 21

senyum ya? :)

salam jumaat. er. tazkirah kot ni?
la tahzan.
this. take note awak. tolong jadi ini.

bukan senang nak selalu jadi 'happy' kan? happy yang betul-betul happy.

sebab hidup ni kita tak boleh expect lansung.
kau kena tolak, kau jatuh, kau kena tinggal, kau kena tikam, kau rabak, kau sorang-sorang.
kau rasa gelap. bagi kau hidup kau macam takpernah ada yang akan faham.
kau sunyi. rasa tak disayangi. tak diperlukan.
kau rasa nak jatuh. dan taknak bangun dah.

entah kasih sayang manusia mana yang terlalu dia kejarkan. *gelak sendiri*

tapi,

bukan ke Allah dah pernah nyatakan bahawa Dia takkan sesekali menguji hamba-Nya dengan apa yang hamba-Nya tak mampu? everytime aku rasa jatuh. kosong. tiada tempat untuk aku dalam dunia, ayat ni yang perlahan-lahan memujuk aku supaya duduk. bukan bangun. duduk. duduk dan ajar hati supaya bersabar.
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi ALLAH berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah yang ALLAH sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
link here.

kadang-kadang rasa macam tak adil kan bila kita jatuh je baru nak sibuk cari tuhan?

saat gembira, gila sikit pun tak ingat nak bersyukur.  dah rabak. semua hadis kau google untuk tenangkan hati sendiri. heh. malu? sangat-sangat. tapi cuba kau fikir, bila kau gembira. kau lupa. dan bila kau sedih pun. kau tak cari Dia. tak ke tu sombong namanya? (:

manusia memang takkan pernah lari dari buat silap.

kau jangan jugde simply manusia yang hanya ketawa bila masalah bertimpa-timpa jatuh atas bahu dia. jangan sesekali ingat yang masalah tu tak menganggu hidup dia, jangan mudah accuse yang dia tu tak serious atau sikit pun tak berfikir.

ketawa tak menyelesaikan masalah. tak boleh kurangkan sunyi. tapi nangis pun tak settlekan benda tu jugak. tak salah menangis sekali sekala. airmata tu perlu. airmata aku dah boleh buat penuh satu swimming pool dah aku rasa. lol. tapi tahu tak, ketawa atau senyum itu akan meransang mood otak kita?

tak salah senyum atau ketawa bila ada masalah. tak rugi pun kan?
(kau jangan ketawa mcm psiko atau sarkastik pulak. positif dan sarkastik adalah dua benda yang jauh beza)

sabar itu boleh jadi benda yang paling payah. berbaik sangka itu boleh jadi peluang yang kita takkan selalu nampak. dan terus kuat itu ibarat all the things in the world are against you, but you just have to keep on living.

kita tak boleh terus tenggelam dalam gelap bila cahaya tu ada. cuma kita je kena rajin sikit. kena cari.

jangan salahkan takdir bila hidup kau tak penuh dengan taman lavender macam yang kau bayangkan. pernah tengok hidup manusia lain? pernah nampak masa depan kau macam mana? hidup ni unexpected. harini kau sorang-sorang. esok mungkin saja kau masih sorang-sorang. dan lusa pun. tapi Allah kan ada?

Dia selalu ada. :)

dan Dia sedang mengatur jalan yang terbaik.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

tulisan aku. idea yang datang dari mana. reminder khas untuk diri sendiri. sobsob. T.T

aku bukan optimist sangat pun. aku pernah trauma. aku pernah fobia. waktu otak baru je hadam exam spm, aku pernah rasa nak mati. dan aku pernah rasa yang dia patut mati. I have no one masa tu. takde sape pun tahu apa yang jadi dekat aku. takde sape pun hulur tangan. rasa dunia aku dah gelap. pap. mentol lampu padam macamtu je. hm. dan perasaan tu belum hilang lagi sebenarnya. takut tu masih ada.

tapi aku tak rasa aku patut terus menerus layan all sorts of this negatif feelings. I mean, those negatif feelings are not worth it to ruined my life. semua yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri kan? kau ada peluang untuk gembira, kenapa pilih untuk biarkan hati terus sensara? bagi ruang untuk hati. jadi perempuan mana boleh lemah sangat! jadi lelaki lagi lah kena kuat! ^^/

enjoy the little things. bersyukur. hela nafas. ukir senyum. May Allah bless. :)

0 pau ayam:

Powered by Blogger.