Saturday, February 2

hadirkan hati ini,











"dan aku  mengerti  rasa  kedua-duanya.

dia  yang  kelu,
tak bertemu  kata  merungkai  rasa.
menyimpan  beban  dalam  jiwa,
menghadapi  manusia  yang  bertanya.

dia  menjadi  keliru,
itu  kerana  mereka  memang  peduli ,
atau  hanya  kerana  rasa  ingin  tahu.
kerana  itu,
dia  memilih  membisu.

dan  dia  yang  kaku,
tak  bisa  menterjemah  rasa  peduli  dengan  cara.
setelah  mendengar  butir  bicara,
dari  bibir  yang  tak  disangka.
setelah  melihat  air  mata  yang  jatuh,
dari  mata  yang  telah  lama  terlihat  berkaca.

dia  peduli,
cuma,  dia  t ak  bertemu  cara  dan  kata,
untuk  menzahirkan,
bahawa  dia  peduli,  bahkan  dia  memang  mahu  memahami."


0 pau ayam:

Powered by Blogger.