pernah tak kau rindu bnyk sgt perkara
dan ramai sgt orang sampai
kau dah tak ingat
satu pun cebis cela ia
dan satu inci pun salah dia selama ini
dan oleh sebab bnyk sgt
dan luas sgt macam isi laut
jadi kau dah tak tahu apa dan siapa
sebenarnya yang kau rindu
yang pasti semuanya nampak indah di mata kau
umpama isi lautdalam yang berbillion
spesis hidupan seekor pun kau tak tahu
nama saintifiknya atau perinci sifatnya
kau cuma tahu mereka cantik
dan kau mahu sentuh
tapi semua berenang terlalu laju atau
dalam kumpulan yang terlalu besar
tambahan zahirnya terlalu bersisik licin
untuk kau capai dan pegang dan simpan
dan apa yang kau boleh buat cuma lihat dan mahu
dan rindu.
Powered by Blogger.
0 pau ayam:
Post a Comment