Sunday, August 7

Contest Zaman Kanak-Kanak


untuk maklumat lanjut mengenai contest ni sila kunjung blog cik Rabun (:

my childhood. my memories. my time.

dulu aku budak kampung. okay budak kampung yang cengeng, gedik, manja, spoiled.. anak tunggal. get the picture? heaven. buat apapun takkan kena marah sangat~ hahaha. ehem, tadelah sgt. dulu masa aku kecik2 aku boleh dikatakan nakal. nakal tapi kuat nangis. lol. mana taknya, di kampung aku dekat Perak, hampir semua sepupu aku lelaki. LELAKI=,= 

saya :3

so apa yang kanak-kanak lelaki buat? main masak-masak? main kawen-kawen? oh tak tak tak. tidak pada masa itu! tidak sama sekali. memang sedih, bila tiba masa aku nak main masak-masak, aku kene main sorang diri dekat sebelah rumah opah yang kadang2 tak berpenghuni tu. sadis! *drama seminit* so untuk aku yang baru berusia 5 tahun, tanaklah kene tinggal sorang2 :'( 

panjat pokok, restling wwe, kejar-kejar, aci nyorok, polis sentri, tengteng.. bagi aku tu game biasa yang kanak-kanak seusia aku pernah main dahulu kala. sepupu aku punya idea lagi menarik. apa yang diorang main? nah belakang rumah opah aku tu ada sungai, kolam2 ikan pun banyak arwah atuk aku buat. walawei air diaa pehh~ dipendekkan cerita, diorang main rakit. buat rakit daripada batang pokok pisang! untuk budak berusia 5 hingga 6 tahun tu mcm=.= gila. hahaa

tapi babak paling tak boleh lupa bila aku dengan sepupu aku dua orang, berguling-guling dalam air lumpur! ya, atas bawah gaya dah mcm orang minyak. haha xD sekarang bila aku ingat balik.. 

hutan+air lumpur = tempat babi hutan melepak. 

Allah, mintak dijauhkan! ..mcm ada kemungkinan.. kene samak ke?=,=


.afnan, saya, adhwa.
masa yang paling dirindui

banyak lagi kisah aku dngan mereka yang berada di bumi Perak dan Terengganu. contohnya macam ada satu malam masa time Hari Raya. tak silap aku, sepupu aku Afnan dengan Joey agaknya. mentang-mentanglah rumah opah aku ada dekat dgn laluan kubur, diorang amik kain telekung sape tah,

MENYAMAR JADI POCONG! sumpah lawak aku tengok pakcik2 lari bertempiaran bila nampak diorang, paling tak boleh blah bila diorang pulak yang kena kejar dengan pakcik2 tu! hahahaahahah xD itu belum masuk cerita diorang buat meriam sendiri guna tin milo. memang gempak! kekeke :P


nampak pakcik yang belai aku tu? dialah arwah atuk aku. 
lelaki yang paling aku sayang.
aku rindu dia. enough said (:

aku tulis bukan untuk menang. tapi sebab aku rindu. semua yang aku ceritakan memang cuma tinggal kenangan. ya Allah, masa tu seronok sangat kan? main kejar-kejar. main aci nyorok. bergusti. dekat Terengganu pulak selalu bersepak terajang dengan the Only girl dekat rumah tok ayah. ijah. yeah i miss her. i miss him. heh sebagai perempuan yang berumur 17tahun, mana thrill bermain dengan lelaki kan kan? haha May Allah Bless.

i will always cherish the memories forever (':


saya tag lina, farah dan wani. juga semua blogger 

1 pau ayam:

wani :] said...

Yay! Kena tag~
aku tak buat boleh? xD

anyway, asal tak cerita pasal katak tu~? xD

Powered by Blogger.