merujuk perkara di atas.
kepada yang berada jauh,
nun di Hulu Langat
(or whereever he is now),
4 JULAI 2011
kehadapan awak yang berkenaan,
sihat? saya doakan awak dengan family awk dlm keadaan yang baik. actually saya pun tak tahu apa nak cakap. perkara dah lama jadi. cuma tak terluah. tak berani. mabye this challenge give me some reason to actually writes about it. (english awak dah improve?) saya pun speaking redah je. okeylah, saya random je ni. semoga jumpa semangat baru, maaf.
saya nak ucapkan terima kasih sbb sentiasa disisi saya all this while. sebab ajar saya apa yang saya tak tahu masa tu, bagi saya peluang. saya harap awak bagi peluang untuk diri sendiri jugak. truth is, susah jugak hidup saya sekarang tambah2 lgi nak SPM kan. hihi kelakar kan bila saya yang buat keputusan, saya jugak yang beguling-guling? kalau sedih tade siapa nak pujuk, kalau sunyi tade sape nak teman, kalau menangis tade sape nak dnga. got to admit ur the one yang pernah dnga saya nangis. probabbly the last untill my heart allowed it again. saya tak menangis depan orang. awak tahu kan? so sekarang saya senyum jelah. saya gembira, sekurang kurangnya saya bertambah kuat. (:
sejujurnya saya rindukan awak.
tapi lagi rindukan diri saya yang dulu~ lalala
kejam tak kalau saya kata saya tak menyesal buat 'keputusan' tu? keputusan yang buat kita jarak mcmni. buat awak 'hilang'. heh, saya rindu awak but thats it. betul. saya memang tak menyesal. bukan sbb saya tak suka awak, bukan sbb saya benci awak, bukan sbb saya dpt tahu awak main kayu tige belas ke atau ape2, bukan sbb awak tak perfect atau kurang apa2 (hell tu lagilah tak!). NO. perasaan saya memang hilang. tak ber alih pada sesiapa. hilang mcmtu jer, frankly, tader reason pun. *muahhaha lagi giler kejam kan?
dear awak,
maafkan saya kalau awak terasa dgn apa yang saya tuliskan ni. tapi saya rasa, hubungan ni tak bertahan lama mungkin sbb Allah masih sayangkan kita. Dia taknak kita (saya) tambah dosa. mungkin kita ada lalai dekat mana2.? saya tahu, kita dah couple sampai dua tahun tapi jumpa ada dlm 3-4 kali je kan? long-distance relationship(LDR) katekan. walaupun ldr, lalai itu memang tetap tak mustahil. mungkin awak tak, tapi saya mengaku saya ya.
dan saya tahu, saya cuma layak hanya setakat itu sahaja sekarang.
hmm.. sekarang saya tahu kenapa saya tak menyesal. sbb sekarang, saya semakin ingat Allah. Allah nak saya kenal Dia dulu, sebelum saya kenal bakal suami saya kut? haha :P Alhamdullilah. oh ya, credits to Hlovate new book, ''contengan jalanan''. saya belajar berubah sikit2 daripada buku tu. saya mengaku, kalau awak text saya atau jumpa saya sekarang, awak takkan kenal saya lagi. bukan awak je, kawan2 pun. saya betul2 berubah. saya tahu...
biarlah. saya cuba berubah untuk jadi baik. saya budak baru belajar nak kenal erti hidup melalui-Nya :3 setiap yang berlaku ada kebaikannya. kan? still.. side efek tak dpt lari jugak. saya hilang awak. memang lepas kejadian tu, due tige bulan jugakla nak sembuh.. tak text org sgt, tak call, keluar rumah sorang2,..ntah ade lg lah kot perkare2 pelik yang saya buat. masa bulan 3 tu last contact. sampai sekarang (awak masih dekat muka bumi ni ker??), tade news dari orang sane, orang sini pun diam jelah. orang sini dah memang lahir2 jer - penakut. haha. oke serious. saya masih anggap awak sebagai kawan saya. masih. tetap. sampai bila2 boleh?(wujud lg ker?)
lastly, saya harap awak dah ada pengganti. saya takada niat apa-apa. saya cuma taknak awak sedih. sbb perasaan bersalah tu takkan pernah hilang. okey maaf! saya serious tak tahu apekemende saya ckp kat perenggan last ni, saya betul-betul..saya cuma..just.. .. please live a happy life without me okey?
ahahaha, selepas beberapa jam, akhirnya berjaya jugak luahkan 'suku' perasaan sebenar saya dekat awak! memang kalau bace, rase mcm ader something missing je kan? ader je yang tak terucap. huhu. dah saya taknak sambung=.= boleh tak kalau saya nak doa supaya awak baca? insya-Allah satu hari nanti.
p/s : walaupun kita dah bawa hala tuju masing2, saya hargai pertemuan kita (:
040711 2230
may Allah bless.
yang sentiasa berjuang untuk hidup
sayelah!


0 pau ayam:
Post a Comment