kawan,
teman,
sahabat,
kuanggar tiga istilah berbeza
walaupun zahirnya sama
kawan,
kau hadir cuma seketika
umpama satu persinggahan
hanya ingin ketawa bersama
hilang dikala aku sengsara
teman,
destinasiku mencurahkan rasa
laksana diari tersimpan rahsia
menjadi pendengar yang setia
suka dan duka diketahui
sahabat,
kau impianku dan juga semua
walau tubuh dibasahi hujan
walau perit dibakar api
tetap tabah harungi bersama
aku masih mencari
seorang teman
meskipun tidak mungkin
menjadi seorang sahabat
moga suatu hari nanti
keinginanku akan tercapai
hasratku menjadi kenyataaan
kerana impianku bukan mainan...
*dedicated to all my bestie~ :)
-sri perdana jilid 10 '06
3 pau ayam:
ilysm ecah!! :)
sooooooooo sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet :D
ngeeeeeee~ :D
Post a Comment